|
Title: Variable Dan Datatype Post by: j33h4d on March 08, 2010, 02:39:11 am Quote Variable: In computer programming, a variable is a facility for storing data. The current value of the variable is the data actually stored in the variable. Depending on the programming language in question, the data stored in the variable can be intentionally altered during the program run, thus causing its value to change, or vary, hence the name. The variable can be referenced by identifiers. In contemporary programming languages even non identical identifiers can refer to the same variable. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Variable_%28programming%29 (http://en.wikipedia.org/wiki/Variable_%28programming%29) Quote Datatype: A data type (or datatype) In programming, a classification identifying one of various types of data, as floating-point, integer, or Boolean, stating the possible values for that type, the operations that can be done on that type, and the way the values of that type are stored. Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Data_type (http://en.wikipedia.org/wiki/Data_type) Pemahaman penggunaan variable dan datatype amat di perlukan dalam pengaturcaraan. Bagi yang sudah biasa membuat pengaturcaraan kedua-dua perkara ini semestinya sudah tidak asing lagi. Namun begitu, bagi pengaturcara-pengaturcara yang baru ingin mempelajari pengaturcaraan, kedua-dua benda ini semestinya agak memeningkan. Hal ini bukan kerana ianya susah untuk korang faham (ideanya sangat mudah), cuma ia merupakan satu idea baru yang korang tidak pernah aplikasikan. Quote Pemahaman Melalui Aplikasi Keliling: Jika korang masuk makmal kimia, korang akan nampak pelbagai jenis botol yang mengandungi pelbagai jenis bahan kimia; baik asid, hinggalah ke jenis alkali. Setiap botol tersebut semestinya mempunyai label yang telah di lekatkan. Untuk di kaitkan dengan pengaturcaraan, botol yang di gunakan itulah yang di panggil variable, isi kandungan dalam botol tersebut di panggil sebagai data dan label pada botol tersebut di panggil sebagai identifier. Contoh tersebut sering aku gunakan untuk menerangkan konsep variable yang sebenar kepada rakan-rakan aku yang baru belajar pengaturcaraan. Dalam aplikasi yang sebenarnya, konsepnya hampir serupa. Apabila korang mengistiharkan untuk menggunakan sesebuah variable, korang sebenarnya mengarahkan sistem untuk menyediakan satu ruangan dalam memori pada komputer korang bagi tujuan penyimpanan sesuatu data. Oleh kerana korang boleh menyuruh sistem untuk menydiakan banyak ruang memori, semestinya korang memerlukan nama bagi setiap ruangan tersebut bagi tujuan memudahkan korang memanggil semula ruangan tersebut. Nama tersebut di gelar sebagai identifier dalam pengaturcaraan. Sekarang, apa pula kaitan datatype dengan botol-botol tersebut? Seperti yang telah aku beritahu dalam cerita di atas, terdapat pelbagai jenis bahan kimia daripada asid sehinggalah ke alkali. Mustahil untuk korang mencampur adukkan isi dalam botol tersebut ke dalam botol yang lain. Dalam aplikasi cerita tersebut, asid dan alkali merupakan datatype. Korang telah meletakkan syarat, bahan kimia jenis apa yang boleh di simpan dalam botol tersebut iaitu sama ada asid mahupun alkali. Dalam pelangaturcaraan, datatype yang sering diguna pakai ialah:
Dengan menggunakan datatype, korang akan memberitahu sistem bahawa data jenis apakah yang akan korang simpan ke dalam variable. Jika korang mengistiharkan sebuah variable yang menggunakan datatype integer, tidak boleh lah untuk korang masukkan datatype char ke dalam variable tersebut. Untuk pengetahuan korang, dengan menyatakan datatype yang korang akan gunakan pada sesebuah variable, sistem akan secara automatik menyediakan ruangan memori pada komputer korang (seperti yang aku nyatakan), dengan saiz yang berpatutan. Ini bagi membolehkan memori pada komputer korang dapat di gunakan secara maksimum kerana setiap datatype memerulkan saiz memori yang berbeza. Dalam pengaturcaraan Java, datatype yang ada tidak terhad kepada datatype integer, float, double, character dan string sahaja. Terdapat beberapa lagi datatype lain yang boleh korang gunakan. Bezanya, datatype yang aku jelaskan tadi merupakan datatype-datatype yang sering di guna pakai dalam pengaturcaraan. Rujuk http://java.sun.com/docs/books/tutorial/java/nutsandbolts (http://java.sun.com/docs/books/tutorial/java/nutsandbolts)/datatypes.html jika korang memerlukan penerangan lanjut mengenai setiap datatype yang terdapat dalam pengaturcaraan Java. Kod Sumber: Code: class VariableDanDatatype{ public static void main(String[] args){ int a = 23; double b = 42.5; char c = 'F'; String d = "Java Malaysia"; boolean e = true; int x = 2; int y = 3; int z = x + y; System.out.println(a); System.out.println(b); System.out.println(c); System.out.println(d); System.out.println(e); System.out.println(z); } } Kod sumber di atas merupakan contoh bagaimana korang mengistiharkan sesebuah varible, penggunaan datatype dan bagaimana korang boleh masukkan sesebuah data ke dalam variable tersebut dalam pengaturcaraan Java. Cuba runkan kod sumber tersebut untuk memahami dengan lebih lanjut mengenai hal ini. * Korang sebenarnya boleh menukarkan sesebuah data yang menggunakan datatype berbeza kepada datatype yang lain. Rujuk artikel http://secure.javamalaysia.com/tutorial-asas-java/cheat-sheet-penukaran-datatype/ (http://secure.javamalaysia.com/tutorial-asas-java/cheat-sheet-penukaran-datatype/) untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.
Powered by SMF |
SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Installed by Installatron |