Dalam cheat sheet ini, aku akan senaraikan segala cara untuk menukarkan sesuatu datatype kepada datatype yang lain. Memandangkan soalan-soalan sebegini agak popular, insya-Allah cheat sheet ni dapat membantu korang.
Integer (int x)1. int -> String
String y = Integer.toString(x);
2. int -> double
double y = (double)x;
3. int -> float
float y = (float)x;
4. int -> char
char y = (char)x;
*Bagi penukaran daripada datatype int ke char, nilai int akan di nilai sebagai nilai decimal. Oleh sebab itu, jika korang masukkan nilai 0 sebagai contoh, korang akan mendapat character 'NULL' berpandukan Ascii Table (
http://www.cs.utk.edu/~pham/ascii_table.jpg). Character '0' dalam Ascii Table merujuk kepada nombor decimal 48. Jika korang ingin menukarkan int x dengan nilai 0 kepada character '0', korang perlu membuat sedikit manipulasi dengan menggunakan kod berikut:
char y = (char)(x + 48);
Sebarang nombor 0-9, korang akan tetap mendapat character yang sama memandangkan korang telah memanipulasi data tersebut kepada nilai decimal character 0-9.
String (String x)1. String -> int
int y = Integer.parseInt(x);
2. String -> double
double y = Double.parseDouble(x);
3. String -> float
float y = Float.parseFloat(x);
4. String -> char
char y = x.charAt(3);
*Seperti sedia maklum, datatype String terbentuk daripada gabungan datatype char. Berikut adalah contoh datatype String:
J | A | V | A | M | A | L | A | Y | S | I | A =>> String
0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 =>> Nombor index
Oleh sebab itu, korang perlu memberikan nilai indeks bagi character apa yang korang inginkan.
Double (double x)1. double -> String
String y = Double.toString(x);
2. double -> int
int y = (int)x;
3. double -> float
float y = (float) x;
Float (float x)1. float -> String
String y = Float.toString(x);
2. float -> int
int y = (int)x;
3. float -> double
double y = (double)x;
Sebenarnya, terdapat pelbagai lagi cara untuk menukarkan sesebuah datatype kepada datatype yang lain dalam pengaturcaraan Java. Namun begitu, aku hanya senaraikan segala datatype yang selalu aku gunakan. Kalau korang rasa nak tambah apa-apa teknik penukaran yang lain, korang boleh postkan di sini.