Username:

Password:

Pages: [1]
  Print  
Author Topic: Asas Pengaturcaraan Java  (Read 235 times)
j33h4d
ngah busy exam sampai 24 Mac 10 =|
Administrator
Freshie
*
Posts: 22



View Profile WWW Email
« on: March 04, 2010, 08:42:24 pm »

Quote
Java is a programming language originally developed by James Gosling at Sun Microsystems (which is now a subsidiary  of Oracle Corporation) and released in 1995 as a core component of Sun Microsystems' Java platform. The language derives much of its syntax from C and C++ but has a simpler object model and fewer low-level facilities. Java applications are typically compiled  to bytecode (class file) that can run on any Java Virtual Machine (JVM) regardless of computer architecture. Java is general-purpose, concurrent, class-based, and object-oriented, and is specifically designed to have as few implementation dependencies as possible. It is intended to let application developers "write once, run anywhere". Java is considered by many as one of the most influential programming languages of the 20th century, and widely used from application software to web application.

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Java_%28programming_language%29

Artikel ini merupakan sebuah artikel penting bagi sesiapa yang baru ingin mempelajari pengaturcaraan Java. Dalam artikel ini, aku akan cuba sedaya upaya untuk melengkapkan korang dengan segala keperluan bagi memulakan pengaturcaraan Java, di samping memberi sedikit 'warm-up' supaya korang tidak terkejut dengan Java.

1# Compiler
Dalam apa jua bahasa pengaturcaraan, compiler di perlukan bagi menterjemah  sesebuah high-level language kepada low-level language.  Bahasa-bahasa pengaturcaraan yang sering di guna pakai seperti Java, C/C++, Python dan sebagainya; merupakan high-level language. Low-level language pula merupakan bahasa yang di gunakan oleh komputer; iaitu bahasa yang terdiri daripada nombor 1 dan 0 (nombor binari). Memandangkan komputer hanya memahami set arahan dalam bentuk low-level language, korang memerlukan sebuah compiler untuk membuat proses terjemahan.

Setiap bahasa pengaturcaraan mempunyai compiler yang tersendiri. Bagi pengaturcaraan C, ramai yang menggunakan compiler GCC. Namun begitu, dalam bahasa pengaturcaraan Java, compiler yang di guna pakai di panggil sebagai JDK (Java Development Kit). Sebelum korang memulakan pengaturcaraan, penting bagi korang terlebih dahulu untuk muat turun JDK dan install program tersebut ke dalam komputer korang.
Muat turun JDK 6: http://java.sun.com/javase/downloads/widget/jdk6.jsp

2# IDE (Integrated Development Environment)
IDE pada asanya merupakan sebuah perisian yang di gunakan untuk mengedit sesuatu kod sumber. Selain daripada menyediakan kemudahan bagi korang melakukan proses edit, korang juga boleh melakukan proses compile dengan mudah di samping melakukan test run bagi memeriksa sama ada kod sumber yang korang tulis mempunyai sebarang bugs ataupun tidak. Perisian ini akan berintegrasi dengan compiler anda bagi memudahkan segala kerja anda.

Seperti juga bahasa pengaturcaraan yang lain, terdapat pelbagai jenis IDE yang sering di gunakan dalam melakukan pengaturcaraan Java. Antara IDE yang boleh korang guna:


Sejak mula aku di perkenalkan kepada pengaturcaraan Java dan sehinggalah ke hari ini, aku lebih gemar menggunakan IDE DrJava untuk melakukan pengaturcaraan. Bagi korang, aku pun nasihatkan untuk guna IDE DrJava kerana konsepnya yang sederhana dan cukup senang untuk di gunakan.

Quote
"Sekarang, kelengkapan untuk korang mula melakukan pengaturcaraan Java sudah cukup!"

3# Mula Mengaturcara
Untuk pengetahuan korang, Java merupakan Object Oriented Programming(OOP). OOP merupakan sebuah konsep dalam pengaturcaraan yang agak susah untuk di terangkan. Korang cuba dahulu kod sumber berikut:

Code:
import java.util.*;

public class JavaMalaysia{
  static Scanner console = new Scanner(System.in);
  public static void main(String[] args){
    String nama;
    
    System.out.println("Masukkan nama anda:");
    nama = console.nextLine();
    
    System.out.println("Selamat datang " + nama + " ke Java Malaysia!");
  }
}
*Dalam DrJava, klik butang 'Compile' dan kemudiannya butang 'Run'.

Dalam kod sumber di atas, berikut merupakan OOP yang aku maksudkan dan korang tidak perlu tahu lagi apa fungsinya:

Code:
public class JavaMalaysia{

  public static void main(String[] args){

    ...
    ...
    ...

  }
}

Kod berikut pula di gunakan sebagai variable declaration. Variable secara umumnya di gunakan untuk menyimpan sesebuah data. Korang boleh menggunakan apa jua nama untuk menamakan sesebuah variable. Dalam pengaturcaraan Java, korang perlu terlebih dahulu mengistiharkan peggunaan sesebuah variable sebelum korang menggunakannya. Berpandukan kod sumber di atas, berikut merupakan contoh kod bagi mengistihar sebuah variable.

Code:
String nama;

Kod berikut pula merupakan kod untuk mencetak sesebuah perkataan:

Code:
System.out.println("Masukkan nama anda:");

dan berikut merupakan kod untuk menerima sesebuah input.

Code:
nama = console.nextLine();

Bagi menerima sesebuah input, terdapat pelbagai cara yang boleh korang gunakan; bergantung kepada kesesuaian dan keperluan sistem yang korang sedang bangunkan. Cara tersebut merupakan antara cara yang boleh korang gunakan. Namun begitu, korang perlu ingat bahawa korang perlu terlebih dahulu import library java.util. seperti yang aku lakukan:

Code:
import java.util.*;

Setelah korang mengimport library itu, barulah korang boleh menggunakan kod tersebut.

Rumusan:
Aku rasa, artikel ini cukup untuk membantu korang memulakan pengaturcaraan Java. Nasihat aku, jangan sesekali berhenti mengaturcara. Cuba fikirkan satu masalah untuk di selesaikan tanpa memikirkan tahap kesukaran untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kemudian, usaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai cadangan, aku nasihatkan korang menggunakan Google untuk mencari penyelesaian bagi apa jua masalah (carian Google lebih tepat daripada enjin carian lain). Sepanjang perjalanan untuk korang menyelesaikan sesuatu masalah, insya-Allah; banyak yang korang akan pelajari.
« Last Edit: March 04, 2010, 08:52:11 pm by j33h4d » Logged

"programming is all about the arrangement of codes" ~ Fikri Fadzil
Pages: [1]
  Print  
 
Jump to:  

Powered by SMF | SMF © 2006-2009, Simple Machines LLC
Installed by Installatron

DarkBreak by DzinerStudio